Assalamualaikum wr.wb
Sabar Menghadapi Ujian Hidup
Dan ada di antara manusia yang
menyembah Allah dengan sikap dan
pendirian yang tidak tetap, iaitu
kalau ia beroleh kebaikan, senanglah
hatinya dengan keadaan itu; dan
kalau pula ia ditimpa fitnah
kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada
kekufurannya). (Dengan sikapnya itu)
rugilah ia akan dunia dan akhirat,
itulah kerugian yang terang nyata.
Ia menyeru dan menyembah
makhluk-makhluk yang lain dari
Allah, yang tidak dapat
membahayakannya dan tidak dapat
mendatangkan kebaikan kepadanya;
itulah kesesatan yang jauh terpesong.
Ia menyeru dan menyembah makhluk
yang (dengan perbuatan demikian) mudaratnya lebih dekat dari manfaat
yang diharapkannya; demi
sesungguhnya seburuk-buruk penolong
dan seburuk-buruk sahabat karib
ialah makhluk yang diseru dan
disembahnya itu. AlHajj :11-13
Intisari ayat
Dalam ayat di atas, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa orang yang tidak tetap imannya akan gembira apabila mendapat nikmat dan kebaikan. Sebaliknya akan murtad dan kafir apabila ditimpa bala bencana. Mereka sanggup menyembah selain Allah S.W.T. dengan harapan untuk melepaskan diri mereka daripada bala yang menimpa. Mereka akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat. Mereka termasuk dalam golongan yang sesat.

Huraian ayat
Allah S.W.T. menjadikan manusia dalam keadaan yang berbeda beda sama ada diberi kesenangan, kesusahan, kelemahan, kemiskinan, kelaparan dan sebagainya. Setiap yang diturunkan adalah untuk menguji keimanan seseorang hambaNya.
Kedua:

Dalam menghadapi ujian daripada
Allah S.W.T., orang yang
beriman menerima ujian
tersebut dengan
sabar
dan tabah kerana
mereka sedar setiap perkara yang
berlaku pada dirinya adalah
ketentuan daripada Allah S.W.T.
Manakala bagi golongan yang
tidak beriman, mereka akan
kecewa,
putus asa, menyalahkan
takdir Allah S.W.T.
dan sanggup melakukan kemungkaran
supaya terlepas daripada kesusahan
yang menimpanya. Terdapat antara
mereka yang meninggalkan agama Islam
kerana terpengaruh dengan agama lain
yang menjanjikan kemewahan hidup di
dunia.
Ketiga:
Ketiga:
Orang-orang mukmin yang diuji dengan
berbagai-bagai kesusahan hidup di
dunia dan bersabar menghadapinya
akan mendapat kedudukan yang mulia
disisi Allah S.W.T. Orang yang
demikian beroleh pahala yang lebih
tinggi daripada orang-orang yang
mengerjakan ibadat lain.
Firman Allah, maksudnya:
"demi
sesungguhnya Kami menguji kamu
dengan sedikit perasaan takut
(kepada musuh) dan lapar (dengan
berlakunya) kekurangan harta benda
dan jiwa serta hasil tanaman dan
berilah khabar gembira kepada orang
yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat
155
Keempat:
Ujian dan dugaan yang dihadapi oleh seseorang menunjukkan bahawa dirinya termasuk dalam golongan yang diberi keistimewaan oleh Allah S.W.T. Kesusahan yang ditanggung menjadi pembersih dirinya daripada berterusan melakukan perkara perkara tidak baik.
Firman Allah, maksudnya:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.
Kelima:
Sabar ialah sifat yang mulia bagi
orang-orang mukmin. Sifat tersebut
dapat menempuh apa-apa yang terjadi
di sekeliling. Itulah sebabnya
"sabar"
menjadi salah satu daripada
nama-nama Tuhan yang agung (yang
Maha Penyabar). Tuhan tidak akan
memberi pembalasan kepada hambaNya
yang melakukan
kesalahan dengan segera.
kesalahan dengan segera.
Keenam:
Sabar terbahagi kepada beberapa jenis antaranya termasuklah:
i. Sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T.
ii. Sabar melawan nafsu.
iii. Sabar terhadap sebarang dugaan yang terjadi pada diri seperti kematian, kebakaran, banjir dan sakit..
i. Setiap orang Islam hendaklah sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T. Perintah tersebut hendaklah dikerjakan dengan sepenuh kesabaran, keikhlasan, tekun dan berkekalan.
ii. Sabar menahan daripada berbuat maksiat ialah berjaya menentang segala godaan yang tidak baik terhadap dirinya. Kesabaran yang lahir ini adalah kesan daripada kepercayaan dan keyakinan serta azam yang kuat untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T.
iii. Setiap orang mukmin hendaklah sabar terhadap segala kejadian yang tidak baik yang berlaku pada dirinya sama ada harta, pangkat, kedudukan, keluarga atau sebagainya.
Bentuk ujian keatas manusia.
a. Ujian kesenangan seperti nikmat kesihatan dan kekayaan
b. Ujian kesusahan seperti kemiskinan, sakit dan sebagainya.
c. Ujian ke atas orang perseorangan
d. Ujian ke atas kumpulan, masyarakat atau jemaah.
e. Allah S.W.T. menjelaskan setiap orang mukmin pasti diuji oleh Allah S.W.T.
Kepentingan sabar
a. Mendapat darjat pahala yang tinggi disisi Allah S.W.T.
b. Melapangkan hati, tidak merasa runsing atau dukacita.
c. Segala urusan dunia dan akhirat menjadi mudah.
d. Mendapat berkat daripada Allah S.W.T.
e. Selamat dari gangguan mental dan emosi.

Semoga bermanfaat
Wassalamualaikum wr.wb
Tidak ada komentar:
Posting Komentar